Wednesday, 25 April 2012

Mikro Teaching






Tema: Penulisan
Tajuk: Ulasan 

F.U: 5.2 aras 1 (ii)
         Menerangkan teks yang dibaca secara ringkas.
F.S: 11.2 aras 1 (ii)
        Menyatakan mesej dan nilai yang terdapat dalam
        petikan. 

Objektif: Pada akhir PDP, murid dapat:-
a) Bercerita tentang petikan yang dibaca.
b) Mengenal pasti nilai dan mesej dalam petikan.

Sistem Bahasa:-
T: Kata hubung
K: Nasihat

Pengisian Kurikulum
I: Pendidikan Moral
N: Baik hati

KBT:-
TKP: Verbal-linguistik
KB: Merumus
BBM: Petikan

Aktiviti:-
1. Guru bersoal jawab dengan murid.
2. Murid diminta membaca petikan cerita secara senyap.
3. Murid dikehendaki menceritakan apa yang telah dibaca.
4. Murid mengenal pasti nilai murni dalam petikan.
5. Murid menyatakan huraian bagi setiap nilai murni.
6. Murid membina ulasan.

Tuesday, 17 April 2012

Latihan Kelas Pemulihan kvkv

Tajuk: KV+KV
Kemahiran: (3.1.2) ( 3.1.3)
Objektif: Murid boleh membaca dan menulis perkataan KV+KV

Kosa kata: mata, pipi, pili, jala, cili, bata, raga.

Media Pengajaran:
1. gambar tunggal
2. kad perkataan KV+KV
3. lembaran kerja


Aktiviti: 
1. Ulangkaji eja perkataan berdasarkan gambar yang telah dipelajari.
2. Eja dan baca perkataan 


3. Padankan gambar dengan perkataan yang sesuai.
4. Latihan menulis perkataan yang dibaca dengan betul dan cantik

Nilai Murni: Bercakap benar

Monday, 16 April 2012

Latihan


Susun ayat dengan kosa kata yang diberikan.

1.   kampung. - Penduduk - di - kawasan - membersihkan - bergotong
      -royong - kampung - ini - bersama-sama - persekitaran
      Penduduk di kampung ini bersama-sama bergotong-royong 
      membersihkan persekitaran kawasan kampung.

2.   sibuk - semak-samun - sampah-sarap. - Jiran tetangga - menebas
      - dan - mengutip
      Jiran tetangga sibuk menebas semak-samun dan mengutip 
      sampah-sarap.

3.  penduduk - Beberapa - orang - bertakung. - sedang - air - 
     menanam - yang - dan - menimbus
     Beberapa orang penduduk sedang menanam dan menimbus air 
     yang bertakung.

4.   Air - nyamuk - yang - mudah - bertakung - di - menyebabkan - 
      longkang - membiak.
      Air yang bertakung di longkang menyebabkan nyamuk mudah
      membiak.


5.   dan - Penduduk - bersih - kawasan - yang - dapat - sihat - hidup
       - secara - kerana - hidup - cantik. - dalam - persekitaran
      Penduduk dapat hidup secara sihat kerana hidup dalam
      persekitaran kawasan yang bersih dan cantik.

Thursday, 5 April 2012

Contoh Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Surat Untuk Sahabat

_______________________
_______________________
_______________________

______________

Menemui sahabatku _____________ yang kini berada di _______________. Saya berharap _______ berada dalam keadaan ____________ sentiasa. _________________ atas kiriman hadiah yang kamu berikan. Cantik sekali. Pada cuti sekolah ______________, saya pulang ke kampung untuk menjaga nenek ____________________________. Banyak pengalaman yang saya peroleh sewaktu berada di ________________. Salah satunya, semasa di kampung, saya membantu datuk saya ________________________________. Baharulah saya tahu betapa susahnya untuk ________________. Sepatutnya kita menghargai titik peluh ________________.

                Saya juga berpeluang ____________ kepada nenek. Saya _____________________ dan ____________________ untuknya. Saya amat ______________ akan nenek dan tidak mahu kehilangannya begitu cepat. Tetapi saya reda, ajal dan maut di tangan Tuhan.

______________ sahabatku,
                Rasanya setakat di sini sahaja surat saya. Saya harap ________________ dapat membalasnya. Semoga ________________ kita terus berkekalan.
Sekian.
                                                                                                                                                  Sahabatmu,
______________

Peribahasa

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Saturday, 31 March 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Tema: Penulisan
Tajuk: Bahagian A - Bina Ayat

F.U: 11.2 aras 1 (i)
Mengecam maklumat yang terdapat dalam petikan
F.S: 8.1 aras 2 (i)
Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat

Objektif: Pada akhir PDP, murid dapat:-
a) Menyenarai aktivti dalam gambar
b) Membina ayat

Sistem Bahasa:-
T: Kata kerja
K: Mencuci

Pengisian Kurikulum
I: Pendidikan Moral
N: Tolong-menolong

KBT:-
TKP: Visual ruang
KB: Mengenal pasti
BBM: Petikan teks

Aktiviti:-
1. Guru bersoal jawab dengan murid.
2. Murid diedarkan petikan teks.
Contoh petikan gambar:-


3. Murid mengenal pasti aktivti dalam gambar.
Contoh aktiviti:-
- mencuci kereta
- menanam pokok bunga
4. Murid diminta membina ayat secara lisan.
5. Murid membina ayat berdasarkan gambar.
Contoh ayat:-
- Ayah mencuci kereta di halaman rumah.
- Ibu dan kakak menanam pokok bunga di dalam pasu.